Pemain Brazil Ini Tunjuk Minat Luar Biasa Pada JDT & Kepimpinan TMJ
Dunia
cedudulima
Advertisements

Penyerang kelahiran Brazil, Dudu Lima dilihat mengikuti rapat perkembangan pasukan gergasi dari selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dalam satu hantaran di laman Instagram JDT, Dudu Lima telah meninggalkan satu komen memzahirkan keterujaan melihat video yang dimuatnaik JDT. Beliau meninggalkan komen ‘omg’ pada video kompilasi yang memaparkan momen-momen JDT menjulang piala.

Pemain berusia 34 tahun ini memiliki keupayaan untuk beraksi di bahagian serangan. Selain bermain sebagai penyerang, Dudu Lima juga mampu beraksi di bahagian posisi sayap kiri.

Advertisements

Sebelum ini, pemilik JDT Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa JDT bakal membawa masuk penyerang import dari Brazil untuk tahun 2023.

Perpindahan import baru ini semestinya jadi tanda tanya peminat dan penyokong setia Harimau Selatan yang tak sabar menanti kehadiran tonggak baru.

Selepas detiliti dengan lebih rapat, selain mengikuti Instagram JDT, Dudu Lima ini turut mengikuti profil Instagram pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor.

Advertisements

Beraksi bersama Nonthaburi United di saingan Thai League 3, Dudu Lima menyertai pasukan itu sejak 2020 dan dijangka tamat kontraknya awal tahun depan.

Jika perpindahan Dudu Lima ke JDT terjadi, beliau dilihat sebagai calon yang sesuai untuk digandingkan bersama penyerang terbanyak Liga Super 2022, Bergson Da Silva pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram