Biarpun berjaya mara ke separuh akhir Piala FA Inggeris, namun beberapa insiden lucu telah berlaku kepada pasukan Chelsea.
Pada aksi suku akhir Piala FA menentang Leicester City sebentar tadi, penyokong Chelsea telah dikejutkan dengan gol aneh yang memberikan jaringan kepada Leicester City.
Gol aneh tersebut adalah merupakan gol sendiri daripada pemain Chelsea, Axel Disasi yang dilihat merembat bola masuk ke gawang sendiri sekali gus menghadiahkan jaringan pertama Leicester dalam perlawanan tersebut.
Disasi dilihat cuba menghantar bola ke penjaga gol semula namun tekanan yang hebat daripada pemain Leicester membuatkan Disasi kurang keseimbangan dan terhasil gol sendiri yang agak menarik itu.
Chelsea bernasib baik apabila berjaya menumbangkan Leicester dengan keputusan 4-2 selepas dua jaringan pada penghujung perlawanan menyelamatkan slot mereka untuk ke separuh akhir Piala FA.
Kemenangan Chelsea itu turut dibantu Leicester apabila Leicester terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Callum Doyle diperintahkan keluar padang pada minit ke-73.
Chelsea kini sudah berada di separuh akhir Piala FA bersama-sama dua lagi pasukan iaitu Manchester City dan Conventry City. Satu lagi slot separuh akhir bakal direbut Manchester United dan Liverpool.