Advertisements
FA Cup: Gol Lucu, Sepakan ‘Kelaut’ Hiasi Kemaraan Chelsea Atasi Leicester City
Piala FA
MakanBola
Chelsea FC

Perlawanan suku akhir saingan Piala FA malam ini menyaksikan pertembungan antara Chelsea menentang Leicester City yang berakhir dengan keputusan 4-2.

Chelsea membuka jaringan seawal minit ke-13 permainan menerusi Marc Cucurella yang mudah menyepak masuk selepas menerima hantaran bijak dari Nicolas Jackson.

Ayam tambatan The Blues, Cole Palmer mencatat jaringan yang kedua buat pasukan pada minit ke-45 permainan berjaya menyempurnakan lorongan kemas Raheem Sterling.

Pada minit ke-50 permainan, Leicester City merapatkan kedudukan apabila gol sendiri oleh pertahanan Chelsea, Axel Disasi hadiahkan gol pertama pasukan.

Leicester City terus mengganas berjaya menyamakan kedudukan menerusi Stephy Mavididi dengan sepakan deras menewaskan penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez pada minit ke-62 permainan.

Pada minit ke-73 permainan, pertahanan Leicester City, Callum Doyle dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Nicolas Jackson luar kotak penalti.

Chelsea kembali mara menjaringkan gol ketiga pasukan menerusi Carney Chukwuemeka dengan ‘flick’ bijak dari Cole Palmer pada minit ke-90 permainan.

Pemain baru sahaja masuk menggantikan Sterling, Noni Madueke menggandakan jaringkan keempat buat Chelsea.

Perlawanan tamat, Chelsea 4-2 Leicester City. Chelsea mara ke pusingan separuh akhir.