Pemain Guangzhou Ibarat Patung, Tercegat Dalam Padang Sepanjang Perlawanan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan kelima saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak positif setelah menewaskan kelab dari China, Guangzhou FC dengan keputusan 2-0

Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim jelas memberi kelebihan buat skuad kendalian Benjamin Mora apabila pasukan JDT mencatat statistik yang cukup baik.

Statistik menunjukkan bahawa JDT berjaya mendominasi penguasaan bola di atas padang. Wakil dari Malaysia itu telah mencatatkan sebanyak 81.9% sementara pasukan Guangzhou hanya mengutip sebanyak 18.1%.

Advertisements

Transisi permainan yang dipamerkan JDT telah memaksa pemain Guangzhou tercegat seakan-akan patung di atas padang. Skuad Harimau Selatan tenang mencatatkan sebanyak 776 hantaran dengan jumlah ketepatan sebanyak 90%.

Tidak cukup dengan itu, bahagian serangan JDT juga menampilkan persembahan memukau, menggegarkan gawang lawan dengan 18 percubaan sepanjang 90 minit permainan. Walaupun dua jaringan yang terhasil adalah menerusi sepakan penalti, akan tetapi JDT berjaya memperolehi sebanyak 5 percubaan tepat.

Statistik ini membuktikan anak buah Benjamin Mora selesa menakluki perlawanan malam semalam. JDT kini kembali bertakhta di persada kumpulan, menerajui liga dengan 10 mata setelah mengharungi lima perlawanan.

Advertisements

JDT akan bertemu Ulsan Hyundai pada 30 April (Sabtu) jam 5 petang. Pertembungan ini penting buat kedua-dua pasukan untuk perebutan gelaran sebagai juara Kumpulan I.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram