Advertising
Pemain Guinea Terlepas Piala AFCON Kerana Fitnah Jurulatih Sendiri
MakanBola
TotalEnergies Africa Cup of Nations

Pemain tengah Guinea, Morlaye Sylla kini terlepas peluang untuk beraksi di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) setelah namanya disisihkan oleh jurulatih Kaba Diawara.

Sylla telah mencetuskan kekecohan dibilik persalinan pasukan Guinea setelah memfitnah rakan sepasukan termasuk jurulatih kerana mencuri barangan miliknya.

Ad

Sewaktu perlawanan persahabatan antara Guinea dan Brazil pada Jun lalu, Sylla telah mendapatkan jersi bintang Real Madrid iaitu Vinicious Junior setelah tamat perlawanan.

Ad

Namun jersi berharga tersebut hilang dibilik persalinan pasukan Guinea dan membuatkan pemain itu gagal mengawal emosi.

Sylla telah menuduh rakan sepasukannya termasuk jurulatih Kaba Diawara kerana mencuri jersi tersebut.

Ad

Malah Sylla mengarahkan semua pemain Guinea dibilik persalinan itu diperiksa sehingga menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan pemain Guinea.

Ad

Pemain tengah berusia 25 tahun itu juga tidak mahu meminta maaf kepada rakan sepasukannya menurut Sport Bible.

Ad

Sejak itu, Sylla gagal mendapat panggilan kebangsaan dan terkini namanya turut tersisih menjelang kejohanan Piala Negara-Negara Afrika.

Guinea berada dalam kumpulan C bersama-sama pasukan Cameroon, Senegal dan juga Gambia.