Pemain JDT Jalani Ujian Kesihatan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) hadir menjalani pemeriksaan kesihatan rutin untuk penilaian tahap kecergasan sebelum menghadapi pramusim 2026/27.

Pemain Harimau Selatan menjalani ujian rutin setiap beberapa bulan bagi memantau tahap kesihatan mereka. Data kesihatan setiap pemain membantu pakar nutrisi pasukan menentukan makanan apa yang perlu diambil bagi menjamin kecergasan.

Ujian ini juga dilakukan bagi memastikan para pemain berada pada tahap kesihatan terbaik dan bebas daripada sebarang kecederaan.

Kelibat pemain-pemain JDT menjalani ujian kesihatan rutin dikongsikan menerusi siri hantaran gambar yang disiarkan di halaman Johor Southern Tigers.

Antara pemain yang kelihatan ialah Arif Aiman Hanapi, Manuel Hidalgo, Bergson da Silva, Andoni Zubiaurre, Afiq Fazail, La’Vere Corbin Ong, Hong Wan, Syahmi Safari dan Oscar Arribas.

Turut kelihatan rekrut baharu JDT dari Iran, Shahab Zahedi. Penyerang berusia 30 tahun itu menyertai kelab gergasi selatan tanah air itu selepas meninggalkan kelab Jepun, Avispa Fukuoka.

Selain Zahedi, JDT juga melengkapkan perpindahan bintang Slovenia, Dejan Petrovic. Semakan di Transfermarkt menunjukkan Petrovic menyertai JDT dengan kontrak selama empat tahun.