Advertising
Pemain Kacukan Malaysia, Sem Scheperman Jalani Pembedahan Lutut
MakanBola
Heracles Almelo

Hasrat melihat pemain kacukan, Sem Scheperman beraksi buat Malaysia dalam masa terdekat terpaksa dilupakan akibat pembedahan.

Sebelum ini, Sem dilaporkan telah dihubungi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membincangkan masa depannya untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada masa akan datang.

“Pemain Belanda-Malaysia, Sem Scheperman berada dalam radar Persatuan Bola Sepak Malaysia dan mereka telah menghubunginya mengenai peluang untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia.”

Ad

“Sem Scheperman antara pemain yang menjadi sasaran untuk dibawa ke Malaysia,” lapor FR Future Talents di laman Instagram.

Ad

Walau bagaimanapun, hasrat untuk melihat Sem bersama skuad negara pada Oktober hadapan tampak sukar apabila pemain tengah berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan.

Berita ini disahkan oleh pihak kelab, Heracles Almelo yang memaklumkan bahawa Sem terpaksa disisihkan beberapa minggu bagi menjalani pembedahan di bahagian lutut kirinya.

Ad
Ad

“Sem Scheperman tidak akan tersedia dalam masa terdekat. Pemain tengah itu akan menjalani pembedahan pada lutut kirinya pada Isnin depan,” ujar Heracles Almelo dalam satu kenyataan.

Ad

Menurut Sem, kecederaan yang dialami ternyata menggangu sehingga menyebabkan kesakitan yang teruk dan memaksa pembedahan segera dilakukan pada minggu hadapan.

“Ia telah mengganggu saya untuk seketika, tetapi saya dapat bermain dan berlatih,” ujar Scheperman menerusi kenyataan kelab.

“Sepanjang minggu lalu kesakitan menjadi lebih teruk dan imbasan menunjukkan bahawa pembedahan tidak lagi boleh dielakkan.”

Sungguhpun begitu, Sem tetap kekal positif mengharungi masa sukar ini dan bakal berusaha lebih keras untuk segera pulih dari masalah kecederaan.

“Sudah tentu ini satu tamparan, tetapi saya akan bekerja keras untuk pemulihan saya.”