Pemain Korea Selatan Ini Sanggup Potong Gaji 95 Peratus Untuk Ke Portimonense
Asia
SPOTV NEWS
Advertisements

Pasti ramai yang tidak mengenali sosok pemain ini. Pemain antarabangsa Korea Selatan, Park Ji-soo telah pun berhijrah ke kelab Portugal, Portimonense pada Januari lalu namun kini kecoh di media sosial berkenaan gaji pemain tersebut.

Ji-soo dikatakan sanggup memotong 95 peratus gajinya ketika bersama kelab China, Guangzhou FC untuk melebarkan sayapnya ke benua eropah bersama Portimonense. Perkara tersebut dikongsikan media bola sepak Korea Selatan, Korea Football News.

Dengan memotong 95 peratus gajinya, beliau kini berjaya menembusi pasaran eropah buat pertama kalinya dalam karier beliau. Selain penghijrahan ke Portimonense, Ji-soo kini merupakan antara pemain pertahanan tengah utama yang kerap beraksi dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan Korea Selatan.

Advertisements

Pemain berusia 29 tahun itu merupakan pemain yang sudah pun mengumpul 16 penampilan bersama skuad kebangsaan Korea Selatan. Perpindahan Ji-soo ke Portimonense ini agak mengejutkan kerana sebelum ini beliau acap kali dikaitkan akan berhijrah ke kelab Liga Super China yang berbeza.

Sehingga kini, Ji-soo sudah diturunkan sebanyak 14 kali bersama Portimonense dalam saingan Liga Portugal. Portimonense menamatkan saingan Liga Portugal di kedudukan ke-15.

Untuk rekod, sebelum ini, pemain Malaysia, Safawi Rasid pernah berhijrah ke Portimonense pada musim 2020/2021 secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT). Namun Safawi gagal menembusi skuad utama dan khidmat beliau hanya digunakan sekali sahaja bersama skuad bawah 23 Portimonense. Beliau kembali ke pangkuan JDT selepas itu.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram