fbpx

Pogba Namakan Dua Pemain Lawan Paling Sukar Pernah Beliau Hadapi

23 views

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain beragama Islam, Paul Pogba yang kini berada dalam prestasi terbaik di Manchester United menamakan dua pemain tengah yang paling sukar baginya.

Pemain tengah dari Perancis ini menyertai Q&A untuk Sunday United Review dan beliau ditanya dua pemain lawan paling sukar yang beliau pernah hadapi.

ngolo kante Pogba Namakan Dua Pemain Lawan Paling Sukar Pernah Beliau Hadapi
Kante bermain bersama Pogba dalam kem nasional Perancis.

Pogba yang diketahui masih berpuasa walaupun perlu bermain pada perlawanan-perlawanan sebelum ini kelihatan kerap kali bergurau sambil menyemburkan wajah laparnya setiap kali ditanya soalan.

Seperti yang dimaklumkan oleh portal rasmi Manchester United;

“Pemain lawan paling sukar saya hadapi di atas padang? Sejujurnya adalah ketika berhadapan N’Golo Kante,”

“Casemiro (Real Madrid) juga. Dia juga amat sukar. Saya tidak mampu ingat semuanya namun mereka ini yang pertama bermain di minda saya.”

Kante merupakan rakan Paul Pogba ketika bermain bersama di Piala Dunia mewakili pasukan Perancis di Rusia 3 tahun lalu.

Selain itu Pogba juga berseloroh dalam keadaan berpuasa;

“Sudah tentulah pengadil! Mereka pemain lawan paling sukar.” Jelas Pogba sambil ketawa.

Dapatkan notifikasi pantas di Telegram

Berita, rangkuman perlawanan dan temuramah terus ke telefon bimbit anda.
Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram