Advertisement
Pemain Malaysia Bebas Kecederaan 100% Bertemu Oman
Harimau Malaya
MakanBola
Famalaysia

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 awal pagi jumaat ini, kesemua 24 pemain Malaysia berada dalam keadaan baik dan bebas daripada kecederaan. 

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang mengesahkan bahwa tiada seorang pemain pun yang berlatih secara berasingan. 

Ini merupakan perlawanan penting buat skuad Harimau Malaya untuk mencatatkan keputusan positif di Oman sebelum bertemu semula di Bukit Jalil bagi aksi Kumpulan D. 

“Berita baik buat penyokong Malaysia, semua pemain berlatih seperti biasa, tiada pemain yang berlatih berasingan.

“Jadi ini menunjukkan semua pemain bebas dari kecederaan dan boleh diturunkan untuk bertemu Oman,” kata Zulhelmi Zainal Azam dalam temubual bersama Astro Arena

Keadaan dari segi mental dan fizikal setiap pemain juga berada dikatakan positif dan para pemain tidak sabar untuk turun menentang Oman. 

“Mereka diberi kemudahan dari segi pusat latihan yang cukup baik. Keadaan pemain negara cukup suka dan tidak sabar hadapi Oman malam ini.

Malaysia akan bertemu Oman pada jam 2 pagi jumaat ini, dan para peminat Harimau Malaya boleh menyaksikan di media rasmi Sukan TV RTM secara percuma.