“Pemain Malaysia Bukannya Tidak Bagus ” – Sulaiman Hussin
Harimau Malaya
Kuching City FC/ FA Malaysia
Advertisements

Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Sulaiman Hussin menganggap penyingkiran awal skuad bawah 23 tahun kebangsaan di Piala Asia Bawah 23 Tahun Qatar bukanlah disebabkan pemain yang dipilih itu tidak bagus.

Ini kerana, pemain yang dipilih adalah antara yang terbaik dalam saingan domestik termasuklah kapten pasukan, Mukhairi Ajmal yang dikritik hebat segelintir penyokong Harimau Malaya.

“Bukan Mukhairi Ajmal sahaja yang tidak beraksi dengan baik tetapi kebanyakan pemain negara tidak beraksi dengan baik. Bukan kerana mereka tidak bagus, tetapi mereka belum capai peringkat antarabangsa.

Advertisements

“Untuk domestik, mereka mungkin di antara yang terbaik tapi bila kita pergi ke peringkat antarabangsa, mungkin mutu dalam liga, intensiti dalam liga tak dapat bantu mereka berkembang di peringkat antarabangsa,” jelas Sulaiman Hussin ketika ditanyakan dalam satu siaran langsung di aplikasi Tiktok.

Sulaiman juga berharap pemain-pemain muda negara ini dapat melebarkan karier mereka ke luar negara agar pada suatu masa nanti dapat memberi nilai tambah kepada skuad kebangsaan.

Advertisements

“Pemain-pemain ini, jika ada peluang, perlu ke luar negara. Tak perlu pergi sehingga ke eropah, Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia atau Jepun, Korea Selatan mahu pun Timur Tengah sudah memadai,” katanya lagi mengakhiri perbualan.

Untuk rekod, Malaysia tersingkir dari saingan kumpulan Piala Asia B-23 di Qatar selepas gagal mengutip sebarang mata. Malaysia tewas ketiga-tiga aksi peringkat kumpulan kepada Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram