Pemain Malaysia dikesan beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Fulham FC.
Skuad kendalian Marco Silva menghuni tangga ke-8 EPL selepas tunduk dengan keputusan 3-2 di tangan Manchester City.
The Citizens dipaksa bekerja keras sebelum Jeremy Doku mengesahkan kemenangan menerusi satu jaringan cantik pada minit ke-82.
Pemain yang dimaksudkan ialah tonggak warisan Malaysia-England, Emile Smith-Rowe yang menjadi watak utama Fulham musim ini.
Beliau berhijrah dari Arsenal ke Fulham dan terus mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan musim ini.
Pemain berusia 24 tahun itu telah beraksi 9 perlawanan pada musim ini setelah hanya berada di bangku simpanan bersama The Gunners selain meledak 4 gol setakat ini.
Menerusi perkongsian oleh laman Frfuturetalents, Smith-Rowe memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi nenek belah ibunya yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan.
Beliau difahamkan tidak boleh mewakili Malaysia selepas pernah beraksi buat skuad senior England beberapa tahun lalu.
Pemain ini dinilai pada tanda harga 22 Juta Euro (RM103 Juta) berdasarkan kemas kini terbaru laman Transfermarkt.