“Pemain Naturalisasi Habiskan Beras Saja”- Jamal Nasir
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Setelah melihat aksi tiga pemain naturalisasi negara dalam beberapa aksi persahabatan melibatkan skuad Harimau Malaya, pastinya Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih dapat menilai kemampuan pemain-pemain ini.

Tiga pemain naturalisasi negara iaitu Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula dilihat tidak menunjukkan aksi yang membanggakan dan mengganggu rentak permainan. Luahan itu disuarakan oleh bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail.

Bagi Jamal, peluang yang diberikan oleh jurulatih untuk ketiga-tiga pemain ini serlahkan kemampuan tidak dimanfaatkan sebaiknya dan dianggap sebagai ‘menghabiskan beras saja’.

Advertisements

“Apa lagi yang nak dibuktikan kerana tiga pemain ini sudah diberikan peluang untuk mempamerkan aksi masing-masing pada perlawanan persahabatan namun hasilnya boleh dikatakan seperti ‘menghabiskan beras saja’.

“Saya tak tahulah apa kepentingan jika mereka disenaraikan atau mungkin ada ‘harga’ yang perlu dibayar pihak tertentu namun demi pasukan bola sepak negara jangan pakai pemain naturalisasi.

“Sekarang ini terbukti pemain tempatan lebih baik daripada mereka. Adakah kriteria dipilih bersandarkan status mereka semata-mata atau prestasi… Jika prestasi kita kena berikan tempat pada pemain yang layak,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Advertisements

Kim Pan-gon perlu mengecilkan skuad sedia ada kepada 23 pemain bagi menggalas nama negara dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad negara akan memulakan kelayakan Piala Asia dengan berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti menentang Bahrain (11 Jun) dan diakhiri dengan perlawanan menentang Bangladesh (14 Jun).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram