Ads
Pemain Palestin Hargai Solidariti Dari Selangor & Terengganu
Inspirasi
Terengganu FC

Pemain skuad kebangsaan Palestin, Mohamed Rashid mendedahkan bahawa beliau dan rakan sepasukannya sangat menghargai solidariti yang dilancarkan ke atas negara Palestin terutamanya dari penyokong Selangor FC dan Terengganu FC.

Advertisements

Bagi tonggak Persebaya Surabaya itu, solidariti yang dilancarkan ke atas Palestin itu telah mendekatkan mereka dengan negara Malaysia dan menganggap Malaysia seperti home ground mereka sendiri.

Advertisements

“Secara jujurnya, saya telah melihat (solidariti) di Liga Malaysia. Saya lihat Selangor. Saya lihat Terengganu sebelum ini.

Advertisements
Advertisements

“Saya lihat banyak kelab pamer kecintaan terhadap Palestin. Secara jujurnya, ianya seperti tempat kami sendiri,” luah Rashid kepada MakanBola.

Sebelum ini, beberapa kelab di Liga Super telah melancarkan solidariti buat Palestin yang diserang secara berterusan oleh tentera negara haram Israel.

Advertisements

Selain Terengganu dan Selangor, Kedah juga merupakan salah satu pasukan yang melancarkan solidariti ke atas Palestin di kalangan penyokong mereka di Stadium Darul Aman sebelum ini.

Advertisements

Palestin menjadikan Malaysia sebagai destinasi latihan mereka bagi melayari perlawanan bertemu Korea Selatan pada 5 September di gelanggang lawan sebelum menentang Jordan di Malaysia pada 10 September 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram