“Pemain Perak Perlukan Motivasi, Bukan Kritikan” – Wan Zack
Liga Super
MakanBola
Perak FC
Advertisements

Pemain sayap Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Nor memohon agar para peminat untuk tidak menuding jari kepada mana-mana individu di atas kekalahan kepada PDRM pada Sabtu lalu.

Wan Zack yang menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut mahu orang ramai untuk berhenti menyalahkan sesiapa memandangkan sukan bola sepak merupakan sukan berpasukan yang memerlukan semua pemain untuk mengambil peranan di atas keputusan lalu.

Advertisements

”Jangan hanya menyalahkan seseorang dalam pasukan! Jika namanya sudah pasukan sudah tentu semua yang berada dalam pasukan perlu mengambil tanggungjawab itu,” tulis Wan Zack melalui catatan instastory milik beliau.

Sebaliknya pemain berusia 33 tahun itu meminta agar para peminat The Bos Gaurus untuk terus memberikan sokongan dan dorongan buat para pemain bangkit meraih kemenangan dalam aksi berikutnya.

Advertisements

”Ya, kami kalah tapi bukan hanya kritikan yang kami inginkan sebaliknya motivasi yang kami perlu! Maafkan kami dengan kekalahan berturut-turut,” tambah bekas pemain Kelantan dan FC Ryukyu itu.

Janji beliau dan rakan sepasukan kepada para penyokong bahawa mereka akan bangkit di perlawanan seterusnya dan memohon doa semua agar Perak FC meraih tiga mata setelah kecundang dalam dua aksi pertama liga.

Advertisements

”Kami perlukan anda semua untuk berikan kami sokongan tanpa henti dan berhenti menuding jari kepada sesiapa dalam pasukan! Kami sebagai pasukan Perak FC bertanggungjawab untuk kekalahan ini dan kami janji untuk bangkit.”

”Doakan kami bangkit di perlawanan seterusnya.”

Advertisements
Wan Zack Perak Instagram "Pemain Perak Perlukan Motivasi, Bukan Kritikan" - Wan Zack
wanzackhaikalwannor

Pada perlawanan menentang PDRM tempoh hari, Perak dikecewakan oleh jaringan minit akhir penyerang pasukan pelawat, Ifedayo Olusegun meskipun tuan rumah terlebih dahulu memimpin permainan hasil gol Tommy Mawat Bada.

Aksi seterusnya menyaksikan skuad bimbingan Yusri Che Lah ini akan bertandang ke Alor Setar bagi pertembungan Derbi Utara menentang Kedah Darul Aman pada 24 Mei hadapan.

Advertisements

News Comments Account