Pemain pertahanan Selangor, Harith Haiqal akui setiap pemain sedar dengan tekanan yang dihadapi oleh mereka ketika ini.
Selangor FC bakal hadapi Jeonbuk Hyundai bagi perlawanan ketiga saingan AFC Champions League 2 (ACL2).
Pertahanan berusia 22 tahun itu kekal positif meskipun Selangor kehilangan tiga tonggak utama berdepan kelab gergasi Korea Selatan, Jeonbuk.
“Saya rasa di Selangor, setiap tahun ada tekanan. Saya rasa pemain-pemain sudah tahu dan beradaptasi dengan tekanan itu.
“Ketiadaan haha Noor Al -Rawabdeh dan Safuwan beri impak yang sangat banyak untuk pasukan. Tetapi kita perlu teruskan dengan baki pemain yang ada” kata Harith Haiqal dalam sidang media perlawanan sebelum hari perlawanan ACL2.
Beliau turut menyifatkan bahwa kekosongan yang ditinggal oleh pemain yang cedera ini menjadi satu peluang buat barisan pemain lain mempamerkan kualiti mereka tersendiri.
“Saya rasa dengan ketiadaan pemain ini, pemain-pemain lain boleh isi kekosongan tempat itu dan mereka juga berkualiti.
“Dan saya harap kemasukan pemain-pemain lain itu ganti Noor dan Safuwan sedikit sebanyak dapat bantu pasukan,” katanya lagi.
Skuad kendalian Nidzam Jamil bakal berdepan wakil Korea Selatan ini pada hari ini jam 8 malam di Stadium MBPJ, Selangor.
Ketika ini, The Red Giants berada kedua dengan 4 mata dibelakang Jeonbuk Hyundai dalam kumpulan H.