Advertisement
Pemain Tempatan JDT ‘Buka Mata’ Orang Sepanyol
Eropah
MakanBola
Johor Southern Tigers

Rekod hebat yang ditunjukkan oleh jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) mula menjadi bualan media Eropah.

Skuad bimbingan Hector Bidoglio mengarungi kempen yang cukup baik selepas 5 perlawanan pra-musim di Alicente, Sepanyol.

Harimau Selatan memulakan langkah dua aksi awal penuh bergaya selepas menundukkan Real Murcia (Divisyen 3) dan juga La Nucia (Divisyen 4) dengan keputusan 3-0 dan 3-1.

JDT meneruskan rentak hebat berdepan CD Alcoyano apabila menundukkan lawan dengan keputusan 2-1 sambil membelasah Club Costa City dengan jaringan 7-0.

Sungguhpun tewas aksi kelima berdepan CD Eldense yang beraksi di Divisyen 2 Sepanyol, pemain tempatan JDT kini mempamerkan aksi penuh yakin di sana.

Antara pemain yang mencuri tumpuan ialah Ramadhan Saifullah yang kini meledak 4 gol dalam dua penampilan termasuklah hatrik menentang Club Costa City.

Perancang tengah JDT, Nazmi Faiz turut mempamerkan ketajaman apabila meledak dua gol dalam dua perlawanan.

Beberapa pemain lain turut mencuri tumpuan seperti Arif Aiman Hanapi dan dua orang pemain muda Harimay Selatan iaitu G. Pavithran dan Gabriel Nistelrooy yang menjaringkan dua gol tempoh hari.

JDT masih berbaki dua aksi pra-musim menentang UD Castellonense (Divisyen 5) dan juga CD Benidorm (Divisyen 6).