Pra-Musim: JDT Bergaya Kalahkan CD Alcoyano
Persahabatan
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi pra-musim 2024 menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan kemenangan bergaya ke atas CD Alcoyano.

Perlawanan yang berlangsung di Campo Municipal El Collad itu menyaksikan pasukan kendalian Hector Bidoglio dalam momentum terbaik untuk memburu kemenangan ke-4 di Sepanyol.

Hasrat besar bertemu kelab Divisyen tiga Sepanyol itu bermula baik apabila kedua-dua pasukan melakukan gerakan cantik untuk menjaringkan gol.

Advertisements

Konsistensi skuad Harimau Selatan untuk kekal berjuang hingga tamat perlawanan membuahkan hasil apabila merakamkan kemenangan 2-1 ke atas CD Alcoyano.

Kemenangan ini juga selepas JDT mengatasi cabaran Club Costa City dengan jaringan besar 7-0.

JDT telah mengharungi aksi ke-4 di Sepanyol dengan meledak 15 jaringan dan hanya dibolosi dua jaringan sungguhpun memperkenal barisan pemain muda dalam kesebelasan utama pasukan.

Advertisements

Selepas ini, JDT akan bertemu dengan CD Eldense bagi memburu kemenangan ke-5 sekaligus mengekalkan rentak cemerlang di Eropah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram