Pemain Thailand Bakal Beraksi Di Liga Perdana Inggeris
Asia Tenggara
Buriram United FC
Advertisements

Impian penyokong Thailand melihat pemain Negara Gajah Putih itu beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Ini selepas bintang muda Buriram United, Suphanat Mueanta telah menerima tawaran kontrak dari Leicester City.

Mengikut satu sumber dari skuad Thailand B-22 yang enggan dinamakan, jurulatih pasukan Issara Sritaro boleh memanggil semua pemain untuk skuad Sukan SEA 2023 kecuali Suphanat. Ini kerana Issara telah diberitahu oleh pengerusi Buriram, Newin Chidchob bahawa penyerang muda Thunder Castle itu bakal bertolak ke Eropah selepas tamat musim Thai League 1.

“Buriram United gembira untuk melepaskan semua pemain yang layak beraksi untuk Sukan SEA 2023 di Kemboja kecuali Suphanat. Ini disebabkan Suphanat telah mendapat tawaran kontrak dari Leicester City dan perlu segera bertolak ke Eropah selepas tamat musim Thai League 1,” kata sumber berkenaan kepada wartawan bola sepak Thailand, Ta Lao.

Advertisements

Begitupun, disebabkan isu permit kerja yang ketat di England terutama selepas Brexit, Suphanat dijangka dipinjamkan terlebih dahulu ke kelab Belgium, OH Leuven. Ini bukan saja membantu menyelesaikan isu permit kerja tetapi pada masa sama memberi pengalaman permainan di Eropah yang berharga buatnya.

Perpindahan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Foxes dan OH Leuven dimiliki pemilik yang sama iaitu jutawan Thailand, Aiyawatt ‘Top’ Srivaddhanaprabha. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan tarikan komersial Leicester di sebelah Asia termasuk Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram