Pemain Utama Thailand Direman
MakanBola
Asean Football

Bekas pemain kebangsaan Thailand, Jesadaporn Nimnon ditahan reman susulan disyaki mengedar dan dibawah pengaruh dadah.

Perkara ini dikongsikan oleh Mainstand, yang menyatakan bekas pemain Bangkok United itu ditahan oleh pihak Polis Thailand pada 5 Ogos lepas ketika penyeludupan dadah dibuat. 

Ad

Pemain berusia 22 tahun itu merupakan salah seorang pemain yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan bawah 18 tahun Thailand. 

Ad

Menurut laporan, Jesadaporn Nimnon ini mula mengedar dadah sejak awal tahun 2024 ini. Beliau difahamkan mengalami masalah kehidupan dan mahu mencari pendapatan lebihan bagi menampung perbelanjaan anaknya. 

Jesadaporn Nimnon, 22 tahun, akui masa depannya terumbang ambing akibat kelakuannya. Beliau berharap penangkapan terhadapnya ini menjadi pengajaran kepada pemain muda di Thailand.

Ad

Beliau memulakan kariernya bersama Bangkok United B pada awal tahun 2021 sebelum ditawarkan bersama skuad utama Bangkok United pada bulan Januari tahun 2022.

Ad

Pada bulan Ogos 2022, beliau telah dipinjamkan ke Samut Prakan FC sehingga bulan Mac 2023 dan kembali semula ke Bangkok United pada Jun 2023.

Ad