Advertising
Pemain Wanita Malaysia Dilaporkan Cedera Akibat Jatuh Tangga
UltraSukan
BA Malaysia
Sponsors

Berita mengejutkan diterima melibatkan pemain beregu campuran Malaysia, Cheng Su Yin yang dilaporkan telah mengalami kecederaan gara-gara terjatuh dari tangga.

Su Yin yang bergandingan bersama Hoo Pang Ron berada di Perancis bagi menyertai kejohanan Orleans Masters bermula 4 Mac lalu dan turut disertai oleh 15 lagi wakil Malaysia kali ini.

Ad

Permulaan positif ditampilkan oleh Pang Ron-Su Yin apabila berjaya menumbangkan pasangan dari Jerman dan Chinese Taipei di pusingan awal Orleans Masters bagi melangkah ke suku akhir.

Ad

Walau bagaimanapun, para peminat dikejutkan dengan berita penarikan diri oleh Pang Ron-Su Yin sebelum aksi suku akhir berdepan Rehan Kusharjanto-Gloria Widjaja dari Indonesia.

Menerusi satu hantaran di media sosial Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Su Yin mengalami kecederaan di bahagian kaki dan memaksa beregu campuran negara ini menarik diri.

Ad

”Cheng Su Yin terpaksa menarik diri daripada suku akhir Orleans Masters 2025 akibat kecederaan pergelangan kaki,” umum BAM.

Ad

Tidak lama kemudian, salah seorang wakil kem Indonesia, Bambang Roedyanto atau lebih dikenali sebagai Koh Rudy memaklumkan bahawa Cheng Su Yin terjatuh dari tangga sehingga mengalami kecederaan.

Ad

”Semoga cepat sembuh Cheng Su Yin, dikhabarkan terjatuh dari tangga setelah bermain. Info dari jurulatih Rehan/Gloria (pasangan lawan dari Indonesia),” tulis Bambang Roedyanto.

Para peminat yang terkejut mendengar khabar ini berharap agar Cheng Su Yin dapat kembali sembuh dengan segera menjelang aksi All England yang akan bermula pada 11 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments