Advertisements
Pemain Warisan, Joshua Brownhill Dicalonkan Pemain Terbaik Bulanan Di England
Eropah
MakanBola
Burnley FC

Kapten Burnley, Joshua Brownhill sekali lagi menerima pencalonan untuk Pemain Terbaik Bulanan PFA untuk bulan Oktober 2024.

Pemain tengah warisan Malaysia itu menerima pencalonan itu selepas membantu Burnley kekal tanpa kalah sepanjang bulan berkenaan.

Ini termasuk dua kemenangan yang diraih ke atas Plymouth Argyle dan Sheffield Wednesday pada 1 dan 19 Oktober lalu. Menariknya, kedua-dua aksi berkenaan menyaksikan Brownhill menyumbat gol.

Bekas pemain remaja Manchester United itu bakal bersaing dengan lima lagi calon untuk anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFA.

Lima calon tersebut ialah Dimitrios Goutas (Cardiff City), Borja Sainz (Norwich City), Alex Palmer (West Brom), Chris Mepham (Sunderland) dan Wilson Isidor (Sunderland).

Sainz dianggap pilihan utama untuk anugerah berkenaan selepas merekodkan empat gol dan dua bantuan gol dalam lima perlawanan Liga Kejohanan sepanjang Oktober. Ini termasuk dua gol yang membantu The Canaries mengikat Middlesbrough 3-3 pada 27 Oktober lalu.

Prestasi baik Brownhill dijangka ditagih pengurus The Clarets, Scott Parker menjelang aksi terbaru Liga Kejohanan menentang Milwall pada 3 November.

Burnley amat memerlukan kemenangan selepas pencabar terdekat mereka, Sunderland dan Leeds United meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing pada 2 November lalu.

Related Articles