Advertisement
Pemain Warisan Malaysia, Dylan van Wageningen Lakukan Debut Di Liga Eredivisie
Eropah
MakanBola
Sparta Rotterdam

Malaysia bakal memiliki seorang lagi pemain muda berpotensi selepas bintang warisan negara, Dylan van Wageningen membuat kemunculan di Belanda.

Pemain berusia 20 tahun itu merupakan antara prospek muda terbaik di Liga Eredivisie dan kini beraksi bersama Sparta Rotterdam.

Sebelum ini, beliau hanya membuat kemunculan bersama pasukan bawah 21 tahun di sana namun akhirnya diberi peluang untuk beraksi bersama skuad senior.

Pemain kelahiran Belanda ini dimasukkan selaku pemain gantian ketika membantu pasukannya mencatatkan kemenangan besar 4-0 ke atas Heerenveen.

Dylan van Wageningen layak mewakili Malaysia disebabkan mempunyai pertalian darah dengan datuknya yang berasal dari Malaysia.

Beliau dimasukkan pada babak akhir permainan untuk memperoleh debut berharga bagi menambat hati barisan kejurulatihan.

Pertalian tersebut menyaksikan beliau berpeluang untuk mewakili Malaysia dengan ketinggian sekitar 1.89 meter ini sudah tentu menjadi aset buat Harimau Malaya.

Ketika beraksi dalam saingan Jack’s League musim ini, beliau telah menjadi watak penting apabila beraksi sebanyak 25 perlawanan dan mencatat satu gol dan 4 bantuan gol.

Kebolehan pemain ini untuk beraksi sebagai pertahanan kanan dan juga pemain tengah bertahan bakal menjadi aset jangka panjang buat negara.