Pemain Warisan Malaysia Terima Tawaran Middlesbrough
MakanBola
Middlesbrough FC

Pemain muda berdarah Malaysia, Cayden Cole menerima tawaran kontrak profesional bersama kelab utara England, Middlesbrough.

Ini selepas pengurusan kelab yang diberi jolokan Boro itu mengumumkan Cayden antara tiga rekrut baharu pasukan itu untuk skuad Bawah 21 Tahun (B-21). Berita sama turut dilaporkan Harimau Abroad.

Selain pemain berusia 18 tahun itu, Middlesbrough turut membawa masuk Ezra Tika-Lemba dan DJ Barnard. Cayden memeterai kontrak sambil disaksikan keluarga tercinta termasuk bapa yang juga bekas penyerang Chelsea, Carlton Cole.

SnapInsta.to 731736185 18080232113656847 2425355647153103045 n Pemain Warisan Malaysia Terima Tawaran Middlesbrough
Cayden bersama keluarga tercinta termasuk ayah yang juga bekas penyerang Chelsea, Carlton Cole. Sumber: Instagram/Cayden Cole,

Cayden sudah memiliki pengalaman bersama Boro kerana pernah beraksi untuk skuad B-18 kelab itu pada musim lalu. Selain Boro, beliau juga pernah mewakili West Ham United dan Hull City.

Selain Malaysia, Cayden juga layak mewakili England dan Sierra Leone di peringkat antarabangsa. Meskipun begitu, beliau menunjukkan minat untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Sekiranya Cayden menunjukkan persembahan baik bersama skuad Middlesbrough B-21, tidak mustahil beliau berpeluang menyertai skuad utama Boro yang dibimbing jurulatih Sweden, Kim Hellberg pada masa depan.