Pemain Warisan Negara, Richard Chin Calon Pemain Muda Terbaik Charlton Athletic
Eropah
Charlton Athletic FC
Advertisements

Pertahanan kental campuran Malaysia-Seychelles, Richard Chin tersenarai sebagai calon pemain muda terbaik bersama kelabnya, Charlton Athletic bagi musim 2022-2023.

Pemain berusia 20 tahun itu memainkan peranan yang cukup penting bersama pasukan musim lalu dan menjadi tunjang utama buat kelab England tersebut.

Beliau bagaimanapun pada musim ini telah pun dipinjamkan ke kelab divisyen 6, Dartford dan sudah pun melakukan debut menentang Dulwich Hamlet baru-baru ini.

Advertisements

Richard sudah pun menandatangani kontrak lanjutan bersama The Addicks dan mengaktifkan klausa penyambungan kontrak automatik selama setahun dalam kontrak pemain tersebut. Chin akan kekal di The Valley sehingga tahun 2024.

Berdasarkan satu tinjauan terhadap perkembangan pemain ini, beliau telah tercalon dalam Anugerah Pemain Muda Terbaik Charlton Atletic oleh Valley Gold.

Advertisements

Pemain ini sudah pun menyatakan hasrat untuk mewakili Malaysia dan membantu pasukan negara di Piala Asia kelak.

Pengalaman dan kemampuan beliau telah membuka mata ramai pihak di Eropah dan ia sudah tentu menjadi aset terbaik buat Harimau Malaya.

Advertisements

Beliau dijangka akan terus mendapat tempat bersama kelab baharunya untuk mencari lebih banyak minit bermain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram