Pemilihan Pemain Secara Merit Antara Falsafah Rezal Zambery Kemudi Kelantan
Dunia
MakanBola
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pendekatan yang digunakan oleh ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya dalam memacu kejayaan pasukan musim ini mendapat perhatian umum.

Tugasan yang dibawa oleh anak kelahiran Johor ini bukanlah mudah namun beliau berjaya memacu Kelantan sehingga berjaya layak ke Liga Super 2023.

Advertisements

Malah, bekas bintang Negeri Sembilan ini juga membuktikan sentuhan ’emasnya’ sekali lagi apabila membawa The Red Warriors ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Menerusi satu temubual, jurulatih berusia 44 tahun itu dianggap berani melakukan tindakan dengan memilih pemain berdasarkan merit.

Advertisements

Rezal turut menyatakan bahawa beliau memilih kesebelasan utamanya berdasarkan apa yang ditonjolkan oleh para pemain ketika sesi latihan.

“Saya tidak memaksa mana-mana pemain kerana saya memilih kesebelasan pemain dan juga senarai 20 orang itu berdasarkan latihan.”

Advertisements

“Prinsip saya, saya tidak bergantung harap kepada mana-mana pemain,” jelasnya kepada Harimau Malaya.

Kelantan berdepan tugas penting malam ini apabila berdepan JDT di Stadium Sultan Muhamad IV.

Advertisements

News Comments Account