Peminat Gesa Celtic Batalkan Perjanjian Dengan Kelab Negara Haram
MakanBola
Green Brigade

Kelab gergasi Scotland, Celtic digesa membatalkan semua urusan perpindahan dengan kelab Israel, Maccabi Netanya.

Roya News melaporkan penyokong Celtic merasa marah dengan berita kelab itu dalam proses mendapatkan pemain Netanya, Jocelin Ta Bi dengan yuran perpindahan €2 juta (RM9.5 juta).

Kontroversi tercetus kerana pemilik Netanya, Aliya Capital Partners menyuntik dana pelaburan sebanyak AS$30 juta (RM122 juta) untuk syarikat pembuat dron, XTEND.

XTEND ialah syarikat Israel yang bertanggungjawab membekalkan dron kepada tentera negara itu ketika beroperasi di Semenanjung Gaza.

Ini kerana pada hemat mereka, jika perjanjian ini diteruskan, Celtic secara tidak langsung membantu rejim Tel Aviv menindas rakyat Palestin.

Selain itu, ia akan dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada sejarah kelab itu yang sentiasa menyokong kelompok tertindas.

Malah, ramai penyokong Celtic melihat perjuangan rakyat Palestin hampir serupa dengan perjuangan orang Ireland mendapatkan kemerdekaan.

Penyokong Celtic sentiasa memberi sokongan kepada rakyat Palestin. Ini termasuk kumpulan The Green Brigade yang lantang memperjuangkan isu berkenaan setiap kali perlawanan Celtic diadakan.

Claim Money Packet TnG