Peminat Malaysia Sertai Protes Bantah Pemilik Chelsea
MakanBola
CFCPys

Peminat Chelsea dari Malaysia menyertai tunjuk perasaan terhadap pemilik kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Wartawan BBC Sport, Nizaar Kinsella melaporkan sekitar 100 hingga 200 penyokong menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemilik Chelsea, konsortium BlueCo.

Ini kerana mereka merasakan pemilik kelab dilihat keliru dengan hala tuju The Blues dan lebih mementingkan usaha mendapatkan pemain muda sebagai model perniagaan mereka.

Kemarahan penyokong ditujukan kepada Behdad Eghbali, salah seorang pemilik kelab dan dua pengarah sukan kelab, Laurence Stewart dan Paul Winstanley.

Apa yang menarik, protes ini disertai dua peminat Chelsea dari Malaysia. Perkara ini dikongsikan pemilik akaun X, CFCPys.

“Penyokong yang datang dari Malaysia untuk protes ini dan mahu Behdad Eghbali meninggalkan kelab,” katanya.

Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi, “10,600 km dari Malaysia. Eghbali, tinggalkan kelab kami!” Kehadiran mereka turut dikongsikan wartawan BBC Sport, Nizaar Kinsella.

Protes ini membayangi aksi liga pertama pengurus baharu Chelsea, Liam Rosenior menentang Brentford di Stamford Bridge. The Blues meraih kemenangan 2-0.