Pempengaruh terkenal, Sneako dilihat menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) semasa melakukan penstriman langsung dari Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Sneako sebelum ini berada di Malaysia sebagai sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara, sambil menikmati keunikan budaya setiap negara menerusi penstriman secara langsung di platform
Beliau telah dibawa melawat sekitar Kuala Lumpur dan turut bertemu beberapa figura penting, termasuklah YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan usahawan terkemuka, Hussain Yee.
Kini, Sneako atau pemilik nama Nicolas Kenn De Balinthazy dilihat berada di Johor dan melakukan siaran langsung dari Stadium Sultan Ibrahim sambil menyarung jersi away JDT bersama petugas beliau.
Kehadiran beliau mendapat sambutan baik daripada staf-staf di stadium selain turut disambut oleh Ketua Pegawai Operasi JDT, Alistair Edwards yang mengetuai rombongan Sneako di sana.
Perkembangan terkini penstriman langsung menyaksikan Sneako berada di Padang Seri Gelam untuk mengikuti sesi latihan Johor Darul Ta’zim secara lebih dekat.