Penampilan Penuh Tradisi Pasukan Oman Curi Perhatian Ramai
Hiburan
FA Oman
Advertisements

Oman merupakan antara pasukan terbaru yang tiba di Qatar menjelang saingan Piala Asia 2023 yang bermula pada 12 Januari ini.

Menariknya, barisan pemain yang dibimbing Branko Ivankovic tiba di Qatar dengan memakai pakaian tradisional Oman yang dipanggil dishdasha. Ketibaan mereka di Doha disambut oleh Duta Oman ke Qatar, Ammar bin Abdullah bin Sultan Al-Bousaidi.

Secara ringkas, dishdasha ialah jubah yang menutup bahagian badan lelaki dari leher hingga ke buku lali.

Advertisements

Mengikut keterangan The Oman Observer, bahagian kolar leher dishdasha disulam dengan warna cerah yang memikat mata. Dishdasha turut memiliki bahagian lengan jubah yang panjang.

Pakaian tradisional Oman ini turut mempunyai benang yang bermula dari bahagian dada yang dipanggil Farrahka atau Karkosha. Bahagian ini disembur dengan minyak wangi bagi menjadikan dishdasha selesa dipakai oleh pemakainya.

Dishdasha putih yang dipakai barisan pemain The Reds kebiasaannya dipakai untuk hari istimewa seperti perkahwinan dan perayaan. Disebabkan statusnya sebagai pakaian kebangsaan Oman, ia turut dipakai oleh kaum lelaki pada hari bekerja.

Advertisements

Rupa barisan pemain Oman dilengkapkan dengan pemakaian kopiah dan serban tradisional mereka yang dipanggil Kumma dan Massar. Kumma merupakan kopiah di mana dua bahagiannya disulam menggunakan tangan atau mesin.

Sementara Massar pula merupakan kain serban yang dihasilkan daripada fabrik pelbagai warna. Apabila kedua-duanya digabungkan pada dishdasha, ini menampakkan imej pakaian tradisional Oman yang unik.

Bagi warga Oman, penampilan ini melambangkan identiti dan kebudayaan mereka sebagai sebuah negara.

Advertisements

Atas sebab itu, apabila Persatuan Bola Sepak Oman (OFA) memuatnaik gambar skuad Oman tiba dengan pakaian tradisi mereka, ramai penyokong yang teruja dengan penampilan pasukan tersebut.

Ini kerana ini menunjukkan The Reds bangga dengan identiti mereka sebagai warga Oman dan mahu mengharumkan nama negara itu di pentas Piala Asia 2023.

Oman bakal membuka kempen Kumpulan F dengan menentang Arab Saudi pada 16 Januari 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram