Penang Bakal Diperkuatkan ‘Messi Filipina’
Dunia
Penang FC / IG: curtjpd
Advertisements

Selepas hanya mengekalkan seorang sahaja daripada pemain import musim 2022, Penang FC kini dikatakan semakin hampir untuk mendapatkan pemain import baharu mereka yang pertama buat musim 2023.

Pemain import yang disebut-sebut akan menyarung jersi skuad Harimau Kumbang itu adalah pemain antarabangsa Filipina, Curt Dizon. Dizon mampu beraksi sebagai pemain sayap kanan dan kiri selain mempunyai kelincahan luar biasa.

Dizon merupakan pemain kelahiran England dan beliau juga dibesarkan di sana. Berusia 28 tahun dan sehingga kini, beliau sudah membuat 18 penampilan antarabangsa bersama Filipina. Naluri menyerang pemain ini dijangka akan membantu Penang memberi saingan pada musim hadapan.

Advertisements

Berita perpindahan tersebut telah dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter, T. Avineshwaran yang juga merupakan wartawan sukan untuk The Star.

Selain Dizon, Penang juga dikhabarkan akan mendapatkan dua lagi pemain import yang pernah beraksi di Liga Malaysia sebelum ini. Dua pemain tersebut ialah bekas pemain pertahanan Perak, Hussein El-Dor dan bekas pemain tengah UiTM FC, Ousmane Fane yang kini beraksi di Liga Divisyen 3 England (League One).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram