Penang Berteka-Teki Dengan Kogileswaran
Liga Super
Penang FC
Advertisements

Bekas pemain Chungbuk Cheongju, R. Kogileswaran kini masih menanti tawaran daripada Penang sama ada kontrak beliau akan dilanjutkan atau tidak bagi musim baharu ini.

Kontrak pemain berusia 25 tahun ini telah tamat pada hujung tahun lepas. Beliau akui masih mahu beraksi bersama The Panthers. 

Penang setakat ini telah mengumumkan seramai 25 pemain yang sah akan beraksi bagi musim 2024/25. Bagi aksi latihan pertama The Panthers, kelibat Kogileswaran Raj masih tiada.

Advertisements

R. Kogileswawaran bagaimanapun akui terima beberapa tawaran daripda beberapa kelab. Namun, beliau akan beri keutamaan kepada Penang terlebih dahulu. 

“Sejak kontrak saya bersama Penang berakhir 31 Disember tahun lalu, mereka masih belum beri kata putus sama ada mahu mengekalkan khidmat saya atau tidak.

“Saya suka beraksi bersama Penang selain selesa dengan persekitarannya. Kalau ditawarkan kontrak baru, saya sudi berbincang walaupun ada beberapa kelab lain yang juga berminat menawarkan kontrak.

Advertisements

Bekas pemain PJ City itu bagaimanapun berpendapat jika sertai kelab Liga M3 akan menjejaskan cita-citanya untuk kembali semula menyarung jersi Harimau Malaya. 

“Tapi kalau saya sertai kelab Liga M3, agar sukar untuk saya kembali merebut tempat dalam skuad negara,” katanya di Stadium Astro.

Untuk rekod, Kogileswaran mencatatkan 6 penampilan bersama Penang selepas menyertai pada bulan Julai 2023.  

Advertisements

Beliau sebelum ini juga beraksi di Liga Korea Selatan bersama Chungbuk Cheongju dengan mencatatkan 1 penampilan sahaja.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram