Transfer
Penang FC
Advertisements

Penang kini memulakan persiapan musim 2024 liga Malaysia apabila sedang merekrut beberapa muka baharu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Fina Nasrom, wartawan sukan Astro Arena yang menyatakan Penang kini cuba membawa kembali dua bekas pemain mereka serta merisik khidmat dua pemain terkenal Malaysia.

“Casagrande dan Ousmane Fane khabarnya bakal kembali ke Penang FC musim 2024/2025. Selain itu Sikh Izhan Nazrel dan Syafiq Ahmad turut berada dalam radar Penang FC.” jelasnya.

Advertisements

Penyerang berketurunan Brazil, Casagrande pernah memperkuatkan Penang selama dua musim sebelum berhijrah ke Negeri Sembilan awal tahun lalu.

Ousmane Fane pula menyertai Penang pada Februari 2023 sebelum memilih untuk menyertai pasukan Indonesia, Bhayangkara.

Ousmane Fane Penang Penang Buru 4 Pemain Prolifik Termasuk Syafiq Ahmad
Penang FC

Namun malang menimpa Fane apabila kontraknya dibatalkan saat akhir setelah Bhayangkara mengesahkan telah mendapatkan khidmat bekas pemain AS Roma, Radja Nainggolan.

Advertisements

Ousmane Fane kini telah kembali ke Malaysia dan dikhabarkan Penang antara kelab yang berminat untuk menandatangani beliau.

Selain itu, penjaga gol muda Selangor iaitu Sikh Izhan dan juga penyerang JDT, Syafiq Ahmad turut menjadi sasaran Penang bagi musim hadapan.

Pengurus Penang FC, Jeffrey Chew Gim Eam belum melakukan sebarang pengumuman rasmi namun beliau menyatakan kesungguhan untuk memperkuatkan kembali pasukan Penang.

Advertisements

“Saya tahu semua ambil berat terhadap pasukan Penang. Penang akan lakukan yang terbaik untuk bermain buat komuniti Penang.” ujarnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram