Penyokong Indonesia Ucap Terima Kasih Kepada Syafiq Ahmad
Hiburan
MakanBola
Khairul / MakanBola
Advertisements

Penyokong Indonesia baru-baru ini mengucapkan terima kasih kepada penyerang berbisa negara yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad di ruangan komen Instagram pemain itu.

Ucapan terima kasih yang dibuat oleh penyokong Indonesia itu adalah kerana Syafiq telah dikesan memukul kepala pemain Vietnam, Doan Van Hau dalam perlawanan Piala AFF 2018.

Advertisements

Walaupun sudah lima tahun insiden tersebut berlaku, video Syafiq dan Van Hau itu kembali tular di Indonesia. Oleh disebabkan itu, ruangan komen di Instagram Syafiq Ahmad dihujani ucapan terima kasih daripada penyokong Indonesia.

Permusuhan di antara Van Hau dan pasukan Indonesia bermula ketika perlawanan akhir Sukan Sea 2019 yang mana menyaksikan Vietnam memenangi pingat emas.

Advertisements

Dalam perlawanan di Manila, Filipina itu, Van Hau memulakan kekasaran pelik apabila menendang pemain Indonesia, Evan Dimas.

Advertisements

Kekasaran tersebut menyebabkan Evan Dimas hanya mampu beraksi selama 21 minit sahaja sebelum terpaksa diusung keluar gara-gara kekasaran Van Hau.

Van Hau yang terkenal dengan kekasaran luar biasa terus menjadi sasaran penyokong Indonesia selepas pemain itu hampir menamatkan karier penyerang Indonesia, Dendy Sulistyawan pada Piala AFF 2022.

Advertisements

Van Hau telah melakukan terjahan ke atas Dendy dengan kedua-dua belah kakinya. Insiden tersebut memarakkan lagi api kemarahan penyokong Indonesia terhadap Van Hau.

Tidak hairanlah mengapa penyokong Indonesia menitipkan ucapan terima kasih kepada Syafiq Ahmad yang sempat mencuri kesempatan memukul kepala Van Hau.

Advertisements

Video Syafiq Ahmad dan Doan Van Hau DI SINI.

News Comments Account