Advertising
Penang FC Pecat Pengarah Teknikal & Pengurus Pasukan Sekaligus
Liga Super
MakanBola
Penang FC

Susulan prestasi buruk yang membelenggu Penang FC sejak kebelakangan ini, pengurusan kelab mengambil langkah drastik dengan memecat pengarah teknikal dan pengurus pasukan itu.

Pengumuman langkah tersebut dibuat menerusi laman media sosial rasmi Harimau Kumbang hari ini. Tindakan memecat Kamal Kalid dan Ong Eng Hua dilihat perlu bagi membawa kembali kestabilan dalam pasukan.

Ad

“Pengurusan tertinggi Penang FC mengambil maklum dan berasa amat dukacita dengan prestasi hambar pasukan senior Penang FC dalam kancah saingan Liga Super musim 2023, termasuk juga kegagalan melangkah ke pusingan seterusnya dalam kempen saingan Piala Malaysia 2023 baru-baru ini.

Ad

“Pihak pengurusan juga sedar bahawa langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk kembali bangkit daripada situasi ini.

“Sejurus dengan itu, Pengurusan Penang FC telah memutuskan untuk menamatkan khidmat Pengarah Teknikal Kelab, Encik Kamal Bin Kalid dan Pengurus Pasukan Liga Super Penang FC, Encik Ong Eng Hua dengan serta-merta di mana kedua-dua individu tidak lagi akan terlibat dalam apa jua urusan kelab dan pasukan selepas ini.

Ad

“Penang FC ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas khidmat yang telah diberikan sepanjang mereka bersama kelab dan pasukan,” kata pihak pengurusan dalam satu kenyatan hari ini.

Ad

Bagi melicinkan lagi urusan skuad senior, Harimau Kumbang juga menyatakan ketua jurulatih yang baru akan turut mengisi peranan sebagai pengurus pasukan. Pembaharuan ini diharap akan membantu Penang untuk jangka masa panjang.

Ad

Dengan jawatan pengarah teknikal Penang kosong, sudah ada ura-ura jawatan tersebut akan diisi dalam masa terdekat.

Antara nama yang dikaitkan dengan jawatan tersebut ialah bekas pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Azraai Khor Abdullah. Ini berdasarkan satu ciapan yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam tengah hari tadi.