Sebuah Kelab Utara Tanah Air Dapatkan Khidmat Azraai Khor
Liga Super
KFA
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Azraai Khor Abdullah bakal kembali mewarnai kancah bola sepak Malaysia.

Pengendali berpengalaman itu difahamkan akan kembali menghangatkan kancah bola sepak tempatan apabila mengisi jawatan di sebuah kelab utara tanah air.

Menerusi laporan eksklusif oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bekas jurulatih berusia 72 tahun itu bakal dilantik sebagai Pengarah Teknikal baharu sebuah pasukan.

Advertisements

Destinasi baharu beliau akhirnya terjawab selepas mengesahkan kemunculan semula di Liga Super.

Kali terakhir beliau terlibat adalah ketika membimbing Negeri Sembilan pada musim 2018 sebelum mengambil keputusan untuk bersara walaupun menerima pelbagai tawaran selepas itu.

Beliau difahamkan akan mengisi jawatan selaku Pengarah Teknikal bersama Penang FC selepas kelab tersebut menamatkan kontrak Pengarah Teknikal ketika ini.

Advertisements
https://twitter.com/zulhelmizainal1/status/1696007226287391071?s=20

Sentuhan bekas pemenang double treble itu sudah pasti ditagih bagi memperkuat pasukan utara tanah air itu yang kini berada dalam prestasi terumbang-ambing ketika ini.

Ketika ini, Penang sudah pun menamatkan khidmat Pengarah Teknikal pasukan, Kamal bin Khalid dan Pengurus Penang FC, Ong Heng Hua.

“Penang FC ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas khidmat yang telah diberikan sepanjang mereka bersama Kelab dan pasukan.”

Advertisements

“Ketua Jurulatih pasukan Liga Super yang baharu akan memainkan peranan sebagai Ketua Jurulatih merangkap Pengurus Pasukan untuk masa yang akan datang.”

“Ini akan memberikan tanggungjawab penuh kepada Ketua Jurulatih yang juga merangkap Pengurus Pasukan untuk mengendalikan pasukan Liga Super Penang FC,” jelas Penang FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram