Advertising
Penang Mula Menyinar Di Bawah Kendalian Wan Rohaimi
MakanBola
Penang FC

Bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan melihat Penang FC mula menunjukkan peningkatan di bawah kendalian jurulatih, Wan Rohaimi Wan Ismail.

Ini berdasarkan pengamatan beliau terhadap prestasi pasukan yang diberi jolokan Sang Harimau Kumbang itu sejak dibimbing bekas penyerang kebangsaan itu.

Ad

Terkini, pasukan itu berada di tangga kesembilan liga. Ini selepas Sang Harimau Kumbang membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 6-1.

Ad

Meskipun Penang gagal mara ke pentas final MFL Challenge Cup, itu tidak menghalang prestasi baik yang dipamerkan pasukan utara tanah air itu.

“Tapi kalau mengatakan mereka gagal (ke final MFL Challenge Cup), mereka kalah pun dengan pasukan Selangor. Hanya satu saja peluang ke final dan selepas mereka terkeluar dalam ACL2, Selangor juga memerlukan mereka berada di final.

Ad

“Mereka bertemu dengan pasukan Penang. Tapi betul, Penang sedang meningkatlah di bawah kendalian Wan Rohaimi,” katanya semasa menjadi panel Nindia.

Ad

Pandangan ini turut dipersetujui seorang lagi bekas pemain pertahanan Harimau Malaya, Asmawi Bakiri. Asmawi melihat sekiranya Penang merekrut seorang penjaring gol tulen, peningkatan pasukan itu dijangka lebih terserlah selepas ini.

Ad

“Saya harap sangat mereka dapat cari penjaring gol. Minta maaflah, saya nampak benda ini sebenarnya. Kalau lihat dari atas, JDT kenapa bilangan jaringan mereka besar?” katanya.

“Sebab itulah tuntutan (gol) yang diperlukan dalam liga. Selangor, 33 gol. Sabah, 34 gol. Kenapa Terengganu ada ramai penjaring gol?

“Kekurangan Penang pada saya ialah bahagian (serangan) itu sahaja.”

Selepas ini, Penang akan berdepan Kuching City FC pada 16 Februari di Stadium Bandaraya.