Ads
Pencari Bakat Puji Arif Aiman ‘Kenapa Tak Ada Kelab Eropah Beli Dia’
ACL
Johor Southern Tigers

Pencari bakat yang berpangkalan di Eropah memuji kualiti yang dimiliki oleh pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Advertisements

Skuad kendalian Hector Bidoglio memperagakan aksi cemerlang untuk mengikat jaguh China, Shanghai Port dengan keputusan 2-2.

Advertisements

Tonggak berusia 22 tahun itu memperagakan persembahan yang cukup memberangsangkan apabila menyumbang dua jaringan buat Harimau Selatan.

Advertisements
Advertisements

Aksi luar biasa Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu menyaksikan beliau mula menjadi bualan beberapa pencari bakat terkemuka yang teruja dengan aksinya.

Menurut Joao Miguel, Arif dilabel sebagai salah seorang bintang paling menyerlah ketika beraksi menentang Shanghai Port tempoh hari.

Advertisements

“Arif Aiman ​​sangat istimewa.

“Bagaimana dia tidak diintai oleh kelab Eropah masih memukau saya. Beliau begitu baik dan konsisten dalam saingan tempatan dan ACLE,” kata Joao Miguel di laman X.

Sebagai rekod, Joao Miguel merupakan pencari bakata dan penganalisis data di ProScout yang berasal dari Portugal.

Advertisements

JDT bagaimanapun masih memiliki baki 7 perlawanan yang perlu ditempuhi dengan aksi seterusnya menentang satu lagi kelab China iaitu Shanghai Shenhua pada 1 Oktober 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram