Pendapat Berbeza CEO Negeri Sembilan & Zaquan Adha
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Ramai peminat bola sepak Negeri Sembilan FC terkejut dengan keputusan pengurusan pasukan untuk melepaskan penyerang veteran, Zaquan Adha Abdul Radzak.

Perasaan sama turut dikongsi beliau semasa ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena hari ini.

Zaquan mengakui tidak tahu tentang status dirinya bersama skuad Rusa sehinggalah menerima surat pemakluman bahawa kontraknya tidak disambung.

Advertisements

Meskipun sedih dengan keputusan tersebut, beliau redha dengan keputusan yang dibuat Negeri Sembilan.

“Inilah lumrah sebagai pemain bola sepak. Cuma sedikit masalah untuk saya di penghujung (pra-musim) sebab pasukan Negeri Sembilan sudah hampir seminggu berlatih.

“Manakala saya tidak mendapat apa-apa khabar daripada pengurusan sebelum ini. Cuma pada semalam, malam pertama Ramadan, saya hanya terima surat (kontrak) saya tak disambung.

Advertisements

“Jadi, tak mengapa rezeki saya, saya redha sampai di sini saja. Cuma yalah bila di hujung-hujung saya dapat surat, jadi perancangan saya sedikit terjejaslah.

“Sebab di hujung-hujung ini, mana lagi pasukan saya nak pergi (dan) nak cari. Saya rasa saya terima dengan hati terbuka dan saya terima sampai di sini saja (rezeki bersama Negeri Sembilan),” katanya.

Tidak lama selepas kenyataan itu dibuat, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan, Faliq Firdaus memaklumkan pengurusan dan Zaquan sedar tentang statusnya sebagai ejen bebas selepas tamat kontrak pada 17 Disember lalu.

Advertisements

Beliau turut menyatakan bekas penyerang Perak FC itu tidak menyemak statusnya sebagai pemain selepas tamat kontrak. Sebaliknya, tempoh itu digunakan bagi mengetahui situasi tunggakan gaji yang dialami Negeri Sembilan ketika itu.

Faliq turut memaklumkan pada asalnya, Zaquan berada dalam perancangan pasukan untuk musim 2024-2025. Bagaimanapun, selepas menimbang pelbagai faktor termasuk umur dan kecederaan, Negeri Sembilan memilih untuk tidak mengekalkannya.

“Kontrak Zaquan Adha tamat pada 17 Disember 2023 dan kedua-dua pihak sedar akan fakta ini. Pemain dan kelab ada hak untuk sambung (kontrak) atau cari kelab lain kerana ini pasaran terbuka.

Advertisements

“Malah, ada pemain (Negeri Sembilan) yang sedang berunding walaupun latihan pra-musim telah bermula. Zaquan Adha tidak pernah semak statusnya sebagai pemain sejak kontraknya tamat, hanya pertanyaan mengenai tunggakan gaji.

“Selepas tamat kontrak, asalnya beliau ada di dalam perancangan pengurusan (maklumat ini tidak dimaklumkan kepada beliau). Namun, setelah pertimbangkan sebab-sebab ini, pengurusan ambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak beliau.

“Pertama, beliau berumur 37 tahun, dan setiap slot pemain kami sangat berharga. Memandangkan kekangan kewangan, peluang dan sumbangan sebagai pemain pasti tak dapat dimaksimakan.

“Kedua, memandangkan beliau memiliki rekod lima kali kecedaraan ACL, pastinya ini satu risiko bagi kewangan kelab dalam jangka panjang.

“Ketiga, surat makluman yang diberikan ialah bersifat budi bicara kerana kontraknya pun telah tamat pda 17 Disember 2023.

“Surat tersebut hanya memaklumkan bahawa kontrak beliau sebagai pemain tidak disambung. Malah, semua pemain yang tidak disambung juga terima surat yang sama,” katanya di X.

Negeri Sembilan kini sibuk merekrut barisan pemain baru untuk Liga Super musim 2024-2025 yang bakal bermula pada Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram