Pengalaman Serie A Fernando Forestieri Ditagih JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dari Serie A ke JDT. Itulah ayat yang diungkap menerusi satu hantaran di laman rasmi media sosial Johor Darul Ta’zim ketika mengumumkan perpindahan pemain baharu mereka, Fernando Forestieri.

Pemain kelahiran Argentina ini dijangka akan digandingkan bersama Bergson Da Silva sebagai peledak utama pasukan. Aksi dan mutu permainan pemain yang berusia 31 tahun ini pastinya dinanti-nantikan peminat bola sepak tempatan.

Forestieri dalam pada itu turut merakamkan rasa teruja dan tidak sabar untuk berkhidmat di JDT. Menurutnya, Johor Darul Ta’zim menjadi pilihan setelah beliau melihat hala tuju dan pembangunan yang telah dilakukan JDT.

Advertisements

“Saya telah mendengar dan melihat banyak perkara mengenai projek Bola Sepak JDT, dan saya membuat keputusan inilah hala tuju saya. Saya teruja untuk memulakan perjalanan ini,” kata Forestieri.

Untuk rekod, pada musim 2020-2021 Forestieri beraksi sebanyak 23 penampilan dan berjaya menjaringkan sebanyak 3 gol ketika di Udinese. Forestieri juga sebelum ini pernah berkelana di bumi England, beraksi bersama pasukan Sheffield Wednesday dan Watford.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram