Ads
Asia Tenggara
FA Malaysia/LCS

Pengarah teknikal kelab Lion City Sailors memuji pendekatan yang digunakan oleh Malaysia dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Advertisements

Skuad Malaysia B-16 kini dipimpin oleh Ketua Jurulatih, Javier Jorda Ribera yang juga merupakan Pengarah bagi Akademi JDT.

Advertisements

Situasi ini telah membuka mata Pengarah Teknikal kelab Lion City Sailors, Luka Lalic yang menghamburkan pujian terhadap usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Advertisements
Advertisements

Katanya, usaha yang dilakukan oleh Malaysia bagi melantik Javier Ribera merupakan langkah yang tepat kerana beliau sudah mengenali para pemain yang dilatihnya sebelum ini.

“Pasukan Malaysia B-16 dipenuhi dengan pemain JDT dan AMD bagi kejuaraan AFF B-16. Siapa yang bertanggungjawab untuk memimpin pasukan? Jurulatih JDT. Mengapa? Kerana sebahagian besar pemainnya (di JDT) di situ dan juga mungkin telah mendapat maklumat daripada pembantu di AMD juga.

Advertisements

“Adakah masuk akal untuk jurulatih mereka (JDT) ditugaskan untuk membawa cabaran negara? Sudah tentu, beliau sudah mengenali para pemainnya. Beliau (Javier Ribera) melatihnya setiap hari,” ujarnya.

Beliau menganggap percaturan dalam skuad Singapura berlangsung dengan cara penuh misteri.

“Di sini (Singapura) bekerja dengan cara yang misteri. Kita ada jurulatih daripada Sepanyol yang tidak melatih para pemain yang kebanyakannya datang daripada satu kelab. Tidak pasti sama ada beliau benar-benar kenal pemain tersebut,” ujarnya.

“Kita mengetahui bahawa pemain terbaik di sini bersaing di Eropah untuk berlatih dan sebagainya. Saya terfikir mengapa bukan jurulatih dari kelab yang diberi tanggungjawab. Masuk akal? sudah semestinya.

“Saya tidak merasakan kelab untuk bermain dan berharap sahaja. Jika perancangannya adalah untuk mengurangkan catatan jaringan dengan meletakkan bola tinggi ke dalam kawasan lawan tanpa sebarang serangan dan kita bermasalah.

Beliau juga memberitahu bahawa banyak perkara yang tidak masuk akal berlaku sambil menulis bahawa keadaan sebenar yang tidak pernah diungkapkan.

Copy of Untitled Design 40 Pengarah Teknikal Lion City Puji Pendekatan Malaysia Guna Kepakaran JDT
Advertisements

Lalic mengakhiri hantarannya dengan menyebut nama akademi terbaik di Asia Tenggara iaitu PVF (Vietnam), BG Pathum dan Port (Thailand) dan juga JDT (Malaysia).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram