Pengarah Teknikal PSSI Kagum Dengan Shin Tae-Yong, Punyai Idea Bernas Majukan Bola Sepak Indonesia
Asia
Bola.com/M Iqbal LC
Advertisements

Menerusi satu artikel di laman web Bola.com, pengarah teknikal PSSI, Indra Sjafri menyatakan rasa bangga dan teruja melihat perkembangan skuad Indonesia di bawah kendalian Shin Tae-Yong. Menurutnya, Shin Tae-Yong adalah sosok terbaik bagi membimbing skuad Garuda ketika ini.

Mengulas lanjut, Indra Sjafri menjelaskan bahawa Shin Tae-Yong mempunyai banyak idea untuk memajukan bola sepak Indonesia. Tambahnya lagi, pengendali yang berasal dari Korea Selatan itu juga kerap berhubung dengan barisan kejurulatihan dan pihak pengurusan bagi memastikan kelancaran pasukan.

“Kami pastikan road map semua Timnas berjalan sesuai kehendak pelatih. Saya selalu koordinasi dengan Ketua Umum PSSI dan pelatih semua timnas. Khusus Shin, setakat ini alhamdulillah baik karena banyak ide yang didiskusikan untuk kemajuan Timnas,” kata Indra.

Advertisements

Indra Sjafri turut mempamerkan rasa kagum dengan idea-idea Shin dan berterima kasih atas kerja keras Shin dalam pembikinan pasukan Indonesia. Beliau jelas berpuas hati dengan segala tindakan Shin sepanjang enam bulan bersama skuad Garuda.

“Saya sangat terima kasih coach Shin kerja keras membangun Timnas. Efektif baru enam bulan karena satu setengah tahun ada pandemi,” tegas Indra.

Indonesia dalam pada itu baru sahaja berlepas ke Turki bagi mengharungi dua aksi persahabatan disana. Ini sebagai persiapan terakhir sebelum pasukan itu memulakan kempen AFF Suzuki 2020 Disember depan. Ketua Umum PSSI tetap yakin akan kemampuan anak buahnya itu dan meletakkan sasaran terbaik untuk skuad Garuda menjuarai Piala AFF Suzuki 2020.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram