Pengganti Hong Wan Sudah Ditemui?
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Khabar mengejutkan buat kem latihan kebangsaan apabila khidmat perancang tengah berbakat, Hong Wan terpaksa disisihkan bagi aksi persahabatan antarabangsa kali ini.

Perkembangan yang dikongsikan oleh FAM itu menyaksikan penyokong bola sepak Malaysia terlepas peluang untuk menyaksikan aksi tenangnya mengemudi jentera tengah pasukan.

Pemain berusia 22 tahun itu difahamkan mengalami kecederaan ketika JDT berkunjung ke Stadium Darul Aman minggu lalu.

Advertisements

Beliau terpaksa dikeluarkan oleh Tano Solari dan digantikan dengan Safiq Rahim.

Perkhabaran ini memaksa pengendali Malaysia, Kim Pan-gon untuk merencanakan strategi ampuh tatkala Harimau Malaya berdepan dua lawan yang hebat iaitu China dan Syria.

Advertisements

Berdasarkan senarai 25 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat kali ini, tumpuan terarah kepada beberapa pemain yang dijangka mampu menggalas tugas dengan baik.

Malaysia tetap memiliki beberapa pemain yang boleh memainkan peranan selaku pemain nombor 6 seperti kapten Selangor, Brendan Gan dan juga perancang tengah Sri Pahang, Azam Azih yang kembali semula bersama skuad kebangsaan.

Advertisements

Malah, pemain kelahiran Sweden-Malaysia, Junior Eldstal juga memiliki kualiti untuk beraksi pada posisi tersebut.

Peluang ini sudah pasti mahu dimanfaatkan oleh pemain tengah seperti Azam tatkala beliau bersyukur diberikan peluang kedua oleh Pan-gon untuk membantu skuad kebangsaan.

Advertisements

Jeneral tengah Sri Pahang ini bagaimanapun tekad untuk memberikan sepenuh komitmen bersama skuad kebangsaan dan akan menampilkan aksi terbaik jika diberi peluang untuk beraksi.

“Sekarang alhamdulilah jurulatih bagi peluang sekali lagi, insyaAllah jika diberikan peluang untuk bermain saya akan berikan yang terbaik.”

Kim Pan-gon membuat keputusan akhir untuk tidak membawa masuk muka baharu atau sungguhpun telah menukar penjaga gol iaitu Damien Lim yang mengalami kecederaan.

3 September 2023 menjadi hari terakhir skuad kebangsaan menjalani latihan di Wisma FAM sebelum berlepas ke Chengdu pada petang 4 September.

Aksi getir ini akan berlangsung pada 6 dan 9 September 2023 dengan kedua-duanya berlangsung di Chengdu, China.

Malaysia terlebih dahulu akan menguji kekuatan pasukan ke-94 dunia, Syria sebelum berdepan gergasi ke-80 dunia iaitu China.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram