Penghormatan Buat Insan Tercinta, Debut Kawin Lengkapkan Malam Gemilang Thailand
Dunia
goalthailand
Advertisements

Pasukan Thailand menang mudah ke atas pasukan Indonesia dengan keputusan 4-0. Ini menyaksikan bekalan yang selesa buat pasukan Thailand bagi perlawanan akhir yang kedua nanti.

Penjaga gol utama Thailand suatu ketika dahulu, Kawin Thamsatchanan akhirnya membuat debut pertamanya dalam saingan Piala Aff suzuki bagi edisi kali ini. Beliau dimasukkan pada minit ke-74 permainan menggantikan penjaga gol sedia ada Siwarak Tedsungnoen.

Sebelum ini, penjaga gol berumur 33 tahun ni terpaksa meninggalkan kem thailand di Singapura kerana ayahnya dimasukkan ke hospital pada awal Disember lalu. Namun, Ayah kepada penjaga gol, kawin disahkan meninggal dunia beberapa jam sebelum perlawanan akhir pertama berlangsung.

Advertisements

Pada 2018, Kawin melengkapkan perpindahannya ke Eropah dengan menyertai OH Leuven di Divisyen Pertama B Belgium dengan kontrak lima tahun. Namun, kini beliau beraksi untuk pasukan Hokkaido Consadole Sapporo dalam saingan liga utama Jepun (J1).

Menurut sumber dipercayai, atas faktor kecederaan sepanjang karier di luar Thailand, Kawin kurang diberi kepercayaan untuk menjadi penjaga gol utama Thailand bagi edisi kali ini. Jurulatih Thailand, Alexander Polking lebih memilih penjaga gol pasukan BG Pathum United, Chatchai Budprom sebagai penjaga gol utama Thailand.

Kemasukan Kawin dalam separuh masa kedua terus menutup ruang dan peluang pasukan Indonesia untuk menembusi gawang Thailand. Ia sekaligus Kawin terus mencatat ‘cleansheet’ sehingga tamat perlawanan. Debut berharga buat beliau atas insan yang tercintanya dalam kejohanan kali ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram