Advertising
Pengurus Besar Perak Undur Diri
MakanBola
Perak FC

Pengurus Besar Perak FC, Neow Choo Seong memaklumkan bakal mengundur diri apabila kontraknya tamat pada 1 Januari 2025.

Pengumuman tersebut dinyatakan dalam satu hantaran beliau di media sosial. Choo Seong telah menggalas peranan tersebut sejak tahun 2023.

Ad

Selain mengundur diri selaku Pengurus Besar The Bos Gaurus, beliau melepaskan jawatan pengarah bersama pasukan itu.

Ad

“Dengan berat hati, ingin saya mengumumkan bahawa saya tidak berhasrat untuk melanjutkan perkhidmatan selaku Pengurus Besar dan juga akan melepaskan jawatan Pengarah bersama Perak FC, berkuatkuasa 1 Januari 2025,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, tugas Choo Seong lebih tertumpu kepada pembangunan bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi.

Ad

Ini membawa kepada pengenalan pelbagai inisiatif seperti Pusat Latihan Daerah (DTC), Grassroots Playday Festival, Piala Cheetah, dan Piala XOX.

Ad

Selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak, Bobie Farid Shamsudin mengundur diri pada 31 Julai lalu, Choo Seong semakin sibuk.

Ad

Kesibukan beliau makin bertambah apabila diminta membantu skuad senior Perak bermula pada Oktober lalu.

Meskipun tempohnya bersama skuad utama The Bos Gaurus tidak lama, ini membuka mata beliau tentang isu yang dihadapi industri bola sepak negara.

“Walaupun saya hanya terlibat dengan pasukan utama selepas ketiadaan bekas CEO pada bulan Oktober tahun ini, namun ia sudah cukup untuk memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk lebih memahami isu dan masalah industri bola sepak tempatan,” tambahnya.

Choo Seong berharap Perak dapat memberi lebih banyak peluang buat pemain-pemain muda yang semakin meningkat naik seperti Moses Raj dan Daniel Hakimi.

Ini kerana pemain-pemain ini dilihat sebagai tonggak utama skuad senior pasukan itu pada masa hadapan.

“Apa-apa pun, saya sentiasa yakin dan percaya bahawa Perak mempunyai ramai bakat muda.

“Saya berharap pengurusan Perak FC akan terus memberi kepercayaan dan peluang kepada bakat-bakat muda kita seperti Daniel Hakimi (Kecik Maro), Moses Raj, Rafiq, Arifin, Haikal, dan ramai lagi,” ujarnya.

Berita ini timbul tatkala The Bos Gaurus mengucapkan selamat tinggal kepada dua tonggak import mereka, Luka Milunovic dan Jesper Nyholm.

Aksi suku akhir kedua Piala Malaysia antara Sri Pahang dan Perak pada 22 Disember lalu merupakan aksi terakhir buat kedua-dua pemain berkenaan.