“Kalau Pengurus Letak Saya Di Bangku Simpanan, Saya Pun Marah”- Bruno Fernandes
Dunia
Football365
Advertisements

Peranan Cristiano Ronaldo untuk baki aksi Portugal dalam kempen Piala Dunia dilihat semakin tipis selepas pemain tersebut diletakkan di bangku simpanan dalam perlawanan menentang Switzerland tempoh hari.

Tempat Ronaldo diisi oleh penyerang muda Benfica, Goncalo Ramos yang berjaya meledak hatrik sekali gus membantu Portugal menang 6-1 menewaskan Switzerland.

Bekas rakan sepasukan Ronaldo di Manchester United, Bruno Fernandes memberikan pendapat mengenai situasi yang menimpa pemain yang memenangi enam Anugerah Pemain Terbaik Dunia itu.

Advertisements

Fernandes merupakan satu-satunya pemain Portugal yang tidak gembira apabila Ronaldo diletakkan di bangku simpanan.

“Adakah anda fikir mana-mana pemain suka berada di bangku simpanan? Saya tidak fikir Ronaldo akan gembira. Jika pengurus meletakkan saya di bangku simpanan dalam perlawanan seterusnya pun saya akan marah.” luah Fernandes mengenai situasi sukar yang dihadapi Ronaldo.

Fernandes juga mengatakan bahawa Ronaldo telah menjalankan tugasnya sebagai pemain dengan sangat baik. Ronaldo gembira dengan kemenangan besar Portugal itu kerana yang lebih mustahak adalah Portugal mara sejauh mungkin di Piala Dunia.

Advertisements

“Ronaldo menjalankan tugasnya, dia gembira dengan keputusan itu (kemenangan 6-1 ke atas Switzerland) kerana matlamat untuk semua orang adalah untuk pergi sejauh mungkin.

“Saya tidak fikir orang harus bercakap tentang beliau dan mengapa beliau tidak bermain, kerana apabila Ronaldo bermain dan pasukan menang, tiada siapa yang bercakap tentang itu,” kata Fernandes.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram