AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Hasrat Sabah FC untuk terus tampil gagah dalam Piala AFC tidak berjaya direalisasikan apabila skuad dari borneo itu tewas 2-3 kepada pasukan dari Vietnam, Hai Phong.

Disebalik kekalahan tersebut, sudah tentu banyak mata tertumpu kepada pemain pertahanan negara, Dominic Tan yang pastinya mahu mengembalikan keyakinan selepas aksi kurang baik di Pestabola Merdeka tempoh hari.

Namun segalanya seakan tidak menjadi buat Dominic apabila beliau dinilai dengan markah yang sedikit oleh Sofascore sejurus tamat perlawanan menentang Hai Phong semalam.

Advertisements

Hasil tinjauan Makanbola di Sofascore, Dominic mendapat penilaian sebanyak 6.3/10 dari Sofascore yang mana penilaian tersebut adalah kedua terendah buat pemain Sabah.

Beraksi penuh 90 minit, Dominic berjaya membuat dua pintasan bola, satu terjahan yang berjaya dan memenangi 3 perebutan bola daripada 4 keseluruhan.

Penilaian yang rendah itu dipercayai telah dipengaruhi oleh faktor kehilangan penguasaan bola. Ini kerana dalam 90 minit beraksi, Dominic telah hilang penguasaan bola sebanyak 16 kali selain merekodkan 67 peratus sahaja hantaran tepat kepada rakan.

Advertisements
dominic tan rating Penilaian Aksi Dominic Tan Jadi Mimpi Ngeri
Statistik Dominic Tan dalam aksi menentang Hai Phong semalam.

Sesuatu perlu dilakukan Dominic agar namanya tidak tercicir daripada senarai pemain yang akan menyarung jersi negara pada bulan hadapan. Malaysia dijadualkan melalui saingan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Krygyzstan dan Taiwan pada 16 November dan 21 November depan.

Selepas dua aksi tersebut, aksi Malaysia seterusnya adalah di kejohanan utama Piala Asia di Qatar yang dijaduakan pada Januari tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram