Advertisements
Penilaian Terhadap Hong Wan Mengejutkan Ramai Pihak
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi jeneral tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hong Wan mengejutkan ramai pihak sungguhpun beraksi dengan cukup baik ketika berdepan jaguh Jepun, Kawasaki Frontale.

Pemain muda berusia 22 tahun itu digandingkan bersama Afiq Fazail dan Heberty untuk mengemudi jentera tengah pasukan namun menerima cabaran hebat daripada jentera tengah lawan.

Skuad Harimau Selatan bolos seawal minit ke-7 apabila Akihiro Ienaga menjaringkan gol sebelum dua lagi gol pada babak kedua mengesahkan kemenangan di laman sendiri.

Cabaran hebat wakil Malaysia di pentas Asia itu disusuli dengan beberapa pemain yang bergelut untuk mempamerkan persembahan sebenar untuk membawa cabaran pasukan.

Sungguhpun beraksi dengan amat tenang untuk mengekang cabaran lawan, Hong Wan dinilai antara terendah dalam kalangan pemain Harimau Selatan dalam aksi tersebut.

Menerusi perkongsian oleh laman Sofascore, bekas pemain Wolves ini tewas 5 pertarungan bola atas padang, satu pertarungan bola di udara.

Hong Wan hilang 6 kali posisi selain melakukan kesalahan sebanyak 4 kali sebelum ditukarkan dengan pemain tengah berpengalaman, Natxo Insa.

Untitled design 26 Penilaian Terhadap Hong Wan Mengejutkan Ramai Pihak

JDT sudah pun tersingkir daripada pentas ACL masih memiliki satu aksi terakhir berdepan BG Pathum di laman sendiri pada 12 Disember 2023.