Advertising
Penjaga Gol Terengganu, Suhaimi Husin Berehat Panjang
MakanBola
Terengganu FC

Kem Terengganu diuji dengan isu kecederaan melibatkan penjaga gol, Suhaimi Husin terpaksa berehat untuk tempoh masa yang agak lama.

Suhaimi merupakan penjaga gawang utama Terengganu dan telah melakukan 11 penampilan sepanjang musim ini buat skuad Sang Penyu dalam kesemua peringkat kejohanan.

Walau bagaimanapun, kali terakhir Suhaimi turun beraksi adalah ketika terikat seri 2-2 menentang Perak sebelum posisi beliau diambil alih oleh rakan sepasukan, Rahadiazli.

Ad

Dalam satu kenyataan, Terengganu FC telah memaklumkan bahawa Suhaimi mengalami kecederaan serius di bahagian lutut kanan dan telah selamat menjalani pembedahan.

Ad

“Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin melalui imbasan MRI telah disahkan mengalami kecederaan Medial Collateral Ligament (MCL) dan Medial Meniscus Tear pada lutut kanan beliau,” ujar pihak kelab.

Justerus, ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan terpaksa melupakan khidmat Suhaimi sekitar 4 hingga 6 bulan untuk membolehkan penjaga gol berusia 30 tahun itu tempoh fasa pemulihan.

Ad
Ad

“Suhaimi telah selamat menjalani pembedahan melalui kaedah Repair and augment fiber tape pada bahagian ligament dan meniscus beliau. Tempoh pemulihan dijangka bakal mengambil masa sekitar 4-6 bulan.”

Ad

Dengan ketiadaan Suhaimi, ini peluang buat dua lagi penjaga gol Terengganu iaitu Rahadiazli Rahalim dan Syed Nasrulhaq untuk berebut posisi nombor satu dalam pasukan.

Ujian seterusnya buat Terengganu adalah menentang Shan United dari Myanmar dalam perlawanan Shopee Chup pada 8 Januari ini di Stadium Thuwunna, Yangon.