Ads
Penjaga Gol Warisan Berdarah Sepanyol Dalam Perjalanan Sertai JDT?
Transfer
Johor Southern Tigers

Penjaga gol warisan berdarah Sepanyol difahamkan dalam perjalanan untuk menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).

Advertisements

Desas-desus mengenai watak baharu skuad Harimau Selatan ini dikongsikan oleh pemerhati bebas bola sepak Malaysia, Juan Budiman.

Advertisements

Beliau dalam satu kenyataan di laman X memaklumkan bahawa terdapat beberapa muka baharu bakal dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua Ogos ini.

Advertisements
Advertisements

Antara pemain yang bakal dibawa termasuklah pertukaran pemain import dari Sepanyol, Argentina, Colombia dan juga Korea Selatan.

Seorang pemain Malaysia juga difahamkan dalam radar JDT untuk memantapkan pasukan menjelang sepak mula Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Advertisements

Laporan terbaru oleh Juan Budiman memberi bayangan bahawa seorang penjaga gol warisan berdarah Sepanyol ke Selatan tanah air.

“Selepas Natxo & Kiko Insa, jentera pertahanan JDT bakal diperkuatkan dengan seorang lagi pemain warisan berdarah Sepanyol.

“Difahamkan penjaga gol muda ini adalah seorang pemegang pasport Malaysia dan sudah mendarat di selatan tanah air,” ujarnya.

Advertisements

Setakat ini, masih tiada sebarang pengesahan rasmi berkenaan khabar ini daripada pihak pemain mahupun JDT mengenai pemain yang dimaksudkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram